Subhanallah....setelah sekian lama menghadap buku, baru hari ini berpeluang menjenguk blog ni...actually, perasaan nak berblog ni semakin lah menghilang rasanya..almaklumlah semakin sibuk membuat persediaan untuk SPM kan..
pagi tadi, selepas subuh, sempat melayari internet untuk mencari pengisian yang bermakna sebagai ubat hati yang gundah ini...
entah mengapa, sejak akhir-akhir ini hati tidak tenteram..adakah itu bermakna diriku semakin jauh dari kekasih ku yang satu?
justeru itu, pendekatan ini diambil...dapatlah ku temui beberapa maklumat mengenai Rasullullah dan Allah, cinta terhadap Rasul dan Allah..